“Noraniza Idris Sedih Tak Dapat Beraya Dengan Cucu Kerana PKP,” Mer4juk Sampai Bat4l Temp4han Baju Raya!

Hancur harapan penyanyi Noraniza Idris untuk berkumpul dan beraya bersama semua anak dan cucu perempuan sulungnya apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Noraniza atau nama sebenarnya Nor Aniza Haji Idris mengakui dia berasa terlal.u sed!h dan merajuk hati apabila anak-anak dan cucu-cucu tidak bersamanya pada tahun ini.

“Memang sedih… rasa down sangat. Boleh kata, saya merajuk dan protes dalam diri sendiri. Tahun ini tahun rak beraya bagi saya. Baju raya dah pun saya dah batalkan tempahan dan tak nak masak untuk raya.

 

“Sebelum PKP diumumkan, saya memang rancang nak berkumpul dengan anak-anak untuk beraya. Ikutkan, saya rancang nak tempah kondominium seminggu sebelum raya.

“Dah la, tahun ini kali pertama saya akan beraya dengan cucu perempuan. Macam-macam saya berangan nak masak untuk anak-anak. Bila tiba-tiba PKP ini, hancur harapan saya.

“Anak-anak pula tinggal di Kuala Lumpur, saya dan suami di Semenyih.. memang lain daerah. Memang sangat sedih sebab pertama kali raya berdua sahaja dengan suami,” kata Noraniza kepada mStar.

Sebelum ini, ratu irama Malaysia ini meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Aliff Haiqal menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Hannah pada 23 Mac lalu.

Aliff adalah anak Noraniza daripada bekas suami Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez dan mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, 28.

Pada Isnin, kerajaan mengumumkan pelaksaan PKP di seluruh negara dengan larangan baharu berkaitan aktiviti Aidilfitri bermula Rabu.

Manakala semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran P0lis Diraja Malaysia (PRDM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuatkuasa 10 Mei sehingga 6 Jun ini.

Dalam pada itu, Noraniza bersyukur apabila dapat merakam lagu dan video muzik (MV) Cinta Lebaran nyanyian bersama penyanyi Ihab Ismail dan Azmir Ariff.

Selain itu, penyanyi berusia 53 tahun ini juga bakal mengeluarkan program Ria Aidilfitri yang memaparkan aktiviti kerja amalnya sepanjang Ramadan di saluran YouTube miliknya, Noraniza Idris TV pada Rabu dan Khamis.

Nasib baik la sebelum PKP diumumkan, saya dah selesaikan rakam lagu raya dan program untuk Noraniza Idris TV. Untuk lagu raya kali ini, saya masih mengekalkan original muzik namun hanya tukar penyanyi duet sahaja.

“Kalau sebelum ini, saya duet dengan Akasia tapi kali ini Cinta Lebaran, saya duet dengan dua penyanyi lelaki. Seronok dapat bekerjasama dengan Ihab dan Azmir.

“Mereka banyak memberi idea dalam lagu tersebut. Manakal untuk MV pula, idea untuk konsep itu memang datang daripada saya. Alhamdulillah.. semuanya selesai sebelum Ramadan,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Diari Maklumat

Sumber: motifviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*