Baru-baru ini terdapat laporan tentang jumlah kenderaan yang meningkat menuju ke negeri Kelantan, sehingga diarahkan berpatah balik kerana tidak mempunyai kebenaran untuk merentas negeri.
Alasan yang tersirat mungkin kerana ingin meraikan Hari Raya Aidilfitri di desa tercinta memandangkan sambutan perayaan utama umat Islam itu dijangka disambut pada 13 Mei 2021.
Terkesan akan berita itu, pelakon Catriona Ross telah membuat satu hantaran di Instagram beliau pada 10 Mei 2021.
View this post on Instagram
Melalui video tersebut, Catriona yang juga dikenali dengan panggilan Kak Kek memberi reaksi dengan berita kenderaan yang banyak ingin menuju ke Kelantan.
“Sayuu sungguh laa
Dengar belako Adik Kakok, Kak Kek mung nyanyi! Tag semo biar pehey semuo
Selamat PKP 3.0 belako!
#kakkekdaripatani”
Catriona yang bertutur dalam loghat Kelantan itu merasakan tindakan pulang merentas negeri adalah salah lebih-lebih lagi dalam pandemik ini, pada waktu ketika negara sedang mencatatkan jumlah kes harian c0v1d-19 yang tinggi.
Beliau menjelaskan, tindakan pulang ke kampung bertemu ahli keluarga boleh membah4yakan golongan yang berusia dan dapat meragvt nyawa mereka.
Sementara itu, Catriona sempat menyanyikan lagu hari raya nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan ia kedengaran lucu.
Perkongsian beliau juga mencuri perhatian ramai yang mana ia dirasakan satu ‘bebelan’ yang menghiburkan.
Namun dalam kelucuan, ada mesej penting yang Catriona telah sampaikan kepada orang ramai.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Diari Maklumat
Sumber : Hot Fm
Leave a Reply