Elisya Sandha Terharu Tunang Sanggup Jual Lemang Kumpul Duit Kahwin

Baru-baru ini, pelakon Elisya Sandha meluahkan rasa terharu apabila tunangnya, Uzair Haqimy sanggup berniaga lemang demi mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Bakal suaminya yang juga merupakan anak kepada pelakon Sheila Rusly itu menjual lemang sempena sambutan Ramadan dan bulan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu memuat naik ‘posting’ bersahur dengan lemang pemberian buah hatinya itu.

Pelakon itu memuji air tangan bakal suaminya dan mengakui tersentuh dengan kegigihan Uzair menjual lemang.
“Salam sahur ❤️ encik tunang ada hantar lemang. All the best i doakan you selalu @uzairhaqimy69 katanya nak cari duit kahwin (sweet kan? Suka buat orang touching),”tulisnya pada kapsyen.

Dalam pada itu, Uzair turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih pada ‘posting’ buah hatinya tersebut. Malah, dia turut menyatakan sanggup melakukan apa sahaja demi masa hadapan keluarga mereka kelak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Elisya menyatakan tidak sabar ingin merasa lemang jualan tunang pelakon berusia 22 tahun berkenaan.

Pelakon Elisya Sandha mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 31 Januari 2021 lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Diari Maklumat

Sumber : https://ohmymedia.cc/gigih-jual-lemang-elisya-sandha-terharu-usaha-bakal-suami-kumpul-duit-kahwin/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*