Kerajaan Tidak Sewenang-Wenang Beri Taraf Warganegara

MALAYSIA tidak akan sewenang-wenangnya memberikan taraf kewarganegaraan kepada setiap anak yang lahir di negara ini.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said menjelaskan, setiap ibu bapa yang ingin memohon sijil kewarganegaraan untuk anak mereka juga perlu memiliki dokumen sah termasuk perkahwinan.

Ismail (Kuala Krau-BN) berkata, prosedur yang perlu dipatuhi itu adalah bagi memastikan ketenteraman dan kemakmuran negara.

“Kalau ada permohonan yang lengkap kita akan siasat, proses dan Insha-Allah kita akan memberikan sijil kewarganegaraan kepada kanak-kanak ini.

“Memang menjadi harapan dan hasrat Kementerian Dalam Negeri, mana-mana anak yang lahir di dalam negara kita atau warga negara kita mempunyai tugas di luar negara tetapi mempunyai masalah untuk mendaftarkan anak untuk menjadi warganegara Malaysia.

“Memang kita boleh daftarkan di kedutaan dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran anak itu. Kalau dia balik ke Malaysia, dia gagal lagi untuk mendaftar kelahiran anak, boleh berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk kita daftarkan anak mereka ini dan mereka ini (akan) mempunyai kewarganegaraan yang sah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang bimbang kemungkinan anak tidak berdokumen yang melakukan jen4yah apabila membesar mungkin sukar dikesan kerana tiada rekod pendaftaran JPN.

“Bukan seorang dua. Saya yakin pada soalan saya tiga empat tahun dahulu, Menteri waktu itu jawab kita mempunyai kira-kira 250,000 anak-anak yang tidak mempunyai dokumen.

“Bayangkan mereka ini sudah berjalan merata-rata dalam negara kita yang tidak mempunyai dokumen. Jadi bagaimana kita nak selesaikan,” soal Johari.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*