Satu Kluster Baharu Dikenal Pasti KKM di Melaka

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baharu iaitu Kluster PUI Novgorod di Melaka.

 

Dalam satu kenyataan pada Isnin, jurucakap KKM berkata, kes pertama kluster itu merupakan seorang warganegara Malaysia yang pulang ke Malaysia dari Rusia pada 5 Julai lalu.

“Keputusan sar1ngan individu itu (kes ke-8,673) di pintu masuk antarabangsa mendapati dia positif dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Kes kedua kluster ini iaitu kes ke-8,718 merupakan rakan kepada kes ke-8,673. Mereka telah menaiki pesawat yang sama, juga pada 5 Julai 2020.

“Keputusan sar1ngan bagi kes ke-8,718 di pintu masuk antarabangsa didapati negat1f, namun dia mula mengalami gejaIa demam dan gejaIa saluran pernafasan pada 7 Julai lalu dan sar1ngan ulangan didapati positif C0VID-19,” jelas kenyataan tersebut.

Katanya, siasatan dan pengesanan kontak rapat kemudian mendapati terdapat penuIaran tempatan apabila ahli keluarga kes ke-8,178 diuji positif C0VID-19.

“Ketibaan beliau di Malaysia pada 6 Julai 2020 telah disambut oleh ahli keluarga beliau. Seramai empat orang ahli keluarga telah datang bersama-sama dengan menaiki kereta sendiri untuk menjemput beliau di pintu masuk antarabangsa.

“Hasil siasatan mendapati bapa kepada kes tersebut (iaitu kes ke-8,724) turut dikesan positif C0VID-19 selepas beliau mula mengalami gejaIa demam. Ini menjadikan beliau kes ketiga Kluster PUI Novgorod,” tambah kementerian itu lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*