“Ya Allah Betapa Bersalahnya Aku Ni Sebagai Seorang Anak” -Nabila Huda Menangis Kenang Saat Bertemu Bapa

Pelakon Nabila Huda berkongsi saat bahagia sewaktu bertemu bapanya, Amy Search.

Pendedahan itu dibuat Nabila atau menerusi program Rumah 107 yang dihoskan oleh aktor Khir Rahman.

Menurut Nabila, anaknya Keisha Laila juga meluahkan rasa rindu untuk bertemu atuknya.

“Sebelum saya nak pergi jumpa papa, saya tanya Keisha sama ada saya patut lakukan atau tidak. Keisha yang menasihati saya.

“Dia kata mommy patut jumpa dan tengok atuk, bila lagi mommy nak selesaikan perkara ini. Saya rindu atuk, lama tak jumpa atuk.

“Saya sampai je dekat tangga tu, saya naik turun naik turun… Momen sewaktu masuk sahaja pintu, saya nampak dia, dia nampak saya… Saya terus ucap selamat hari raya papa.

“Masa saya peluk tu saya rasa… Ya Allah betapa bersaIahnya aku ni sebagai seorang anak, kesiannya bapa saya,” katanya sebak.

Selain Khir, Rumah 107 juga turut dihoskan oeh Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*