SEORANG wartawan dir0mpak oleh lelaki geIandangan ketika sedang bersiaran langsung di televisyen.
Ketika kejadian, Bruna Macedo, seorang wartawan CNN Brazil sedang membuat lintas langsung mengenai kenaikan paras air yang disebabkan oleh hujan lebat di Jambatan Bandeiras di Sao Paulo.
Macedo juga sedang berkomunikasi dengan penyampai berita, Rafael Colombo selama kira-kira dua minit sebelum seorang lelaki yang memakai baju dengan penutup kepala menghampirinya.
Rakaman kamera menunjukkan Macedo perasan kehadiran lelaki berkenaan dan cuba menyapanya.
Namun dalam masa yang amat pantas, lelaki berkenaan meng4cukan p1sau sambil meminta Macedo menyerahkan barang berharga.
Wartawan itu yang kelihatan terkejut, mengundur beberapa langkah ke belakang dan menyerahkan telefon bimbitnya.
Rakaman di lokasi itu berakhir apabila kamera kemudiannya dihalakan ke arah lain.
Difahamkan lelaki itu berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dengan dua buah telefon bimbit. Bagaimanapun tidak diketahui sama ada suvspek telah ditangkap atau sebaliknya. – Mirror.co.uk
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Mstar
Leave a Reply