Tuduh WHO Boneka China ,AS Sah Keluar Agensi Tersebut Tahun Hadapan

GENEVA: Amerika Syarikat (AS) sah keluar daripada menjadi anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 6 Julai 2021.

Perkara itu diumumkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas menerima pemberitahuan rasmi mengenai keputusan itu daripada Presiden AS Donald Trump.

Menurut PBB, Trump harus memberikan notis satu tahun mengenai pengunduran negara itu daripada agensi itu yang berpusat di Geneva di bawah resolusi bersama kongres AS pada tahun 1948.

Ia juga mewajibkan Washington untuk memberi sokongan kewangan kepada agensi itu.

Jelas WHO, ketika ini, AS berhutang lebih AS$200 juta kepada agensi itu dalam bentuk sokongan kewangan.

Setelah lebih 70 tahun menjadi keahlian, AS mengundurkan diri dari WHO setelah Trump menuduh agensi itu menjadi boneka China ketika penuIaran pandem1k C0VID-19.

Menurut jurucakap PBB, Stephane Dujarric, Setiausaha Agong PBB dalam proses untuk menentukan semua syarat pengunduran diri itu dipenuhi.

Pentadbiran Trump telah menghentikan pembayaran untuk organisasi yang dianggotai 194 negara pada April lalu.

Kemudian dalam surat pada 18 Mei menuntut WHO melakukan reformasi dalam tempoh 30 hari.

Dua minggu kemudian, Trump mengumumkan hasratnya membawa keluar AS daripada keanggotaan WHO.

WHO ialah badan antarabangsa bebas yang bekerjasama dengan PBB.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*