Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza meneruskan usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua yang diidamkan tahun ini.Kata Siti, biarpun baru melancarkan album terbaharunya dan bakal sibuk dengan promosi, impiannya untuk menimang cahaya mata kedua tidak akan ditangguhkan.
“Sepanjang PKP lah perancangan nak ada anak kita teruskan, tak ada tangguh-tangguh pun…
“Perancangan keluarga seperti biasa. Saya pun sudah bersedia nak ada anak kedua, tak kisahlah secara normal ataupun rawatan… Saya akan teruskan juga.
“Saya tak boleh lambat-lambatkan sebab usia pun bukan semakin muda,” ujar Siti kepada Gempak.
Siti ditemui pada majlis pelancaran album ManifestaSITI2020 di Khan’s Restaurant, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Februari lalu, Siti menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta untuk persediaan hamil.
Prosedur itu dilakukan kerana Siti menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya tiga tahun lalu untuk mengandungkan Siti Aafiyah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Gempak
Leave a Reply