PELAKON Broadway, Nick Cordero meninggaI dunia pada usia 41 selepas lebih tiga bulan bert4rung dengan jangk1tan v1rus C0vid-19, hari ini.
Cordero yang pernah membintangi Waitress dan Rock of Ages menghembuvskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles di samping keluarga tercinta.
Isterinya, Amanda Kloots menerusi Instagram turut berkongsi berita sedih itu dan masih tidak percaya suaminya sudah tiada.
“Suami saya meninggaI pada pagi ini. Dia dikelilingi keluarga tercinta yang sempat berdoa dan bernyanyi buatnya sebelum dia pergi.
“Saya masih tidak percaya dan merasa kesak1tan yang teramat. Hati saya h4ncur dan tidak dapat bayangkan hidup tanpa dia. Dia adalah penyinar yang sangat terang.
“Dia adalah sahabat semua orang, suka mendengar, dan petah bercakap. Dia adalah aktor dan pemuzik yang sangat hebat. Dia kesayangan keluarga dan disayangi sebagai bapa dan suami,” katanya.
Kloots juga sempat berterima kasih kepada doktor yang bekerja keras merawat Cordero sepanjang tempoh dia ditahan di hospital.
“Kepada doktor luar biasa Nick, Dr David Ng, kamu doktor yang positif! Tidak banyak doktor seperti kamu.
“Baik hati, bijak, penyayang, tegas, dan sentiasa setia mendengar idea atau panggilan gila saya. Kamu adalah berlian dalam sejuta,” katanya.
Cordero dimasukkan ke hospital berkenaan sekitar Mac lalu. Pada awalnya, doktor tidak dapat mengesahkan penyak1t dialaminya kerana ujian pertama C0vid-19 negat1f.
Bagaimanapun beberapa hari kemudian, dia disahkan dijangk1ti v1rus itu.
Selain Kloots, Cordero turut meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Elvis.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Hmetro
Leave a Reply