Al Jazeera Kemuka Nama Negara Beri Kebebasan Mutlak Kepada PATI- Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mencabar agensi media antarabangsa, Al Jazeera untuk mengemukakan bukti negara mana yang memberi kebebasan mutlak kepada warga as1ng yang tiada dokumen untuk berada dalam negara itu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tindakan kerajaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) diambil berdasarkan undang-undang yang ditetapkan.

“Saya cabar Al Jazeera untuk memberikan nama negara yang beri kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen termasuk tinggal secara bebas dalam negara mereka.

“Setahu saya, tiada negara yang akan berbuat demikian termasuk di negara Al Jazeera ada sekarang ini,” tegasnya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Laporan dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat mend4kwa terdapat diskr1manisi perkauman ketika negara ini mengendalikan pandem1k C0VID-19.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, tindakan media antarabangsa itu jelas tidak beretika dan berniat j4hat untuk memburuvkkan nama Malaysia.

“Tuduvhan yang dibuat itu amat tidak wajar dan berniat tidak baik kerana menuduvh secara membuta tuli. Saya percaya agensi media itu mempunyai niat kur4ng baik kerana melaporkan perkara yang tidak betul.

“Apa yang dilakukan kerajaan bagi menangani penuIaran w4bak C0VID-19 adalah berdasarkan undang-undang dan dilakukan secara menyeluruh termasuk rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau menambah, laporan agensi media itu yang mendakwa kanak-kanak warga as1ng dig4ri sebelum dibawa ke pusat tahanan juga merupakan suatu pembohongan.

“Saya ingin jelaskan, kanak-kanak yang dit4han tidak pernah dig4ri, malah mereka ditempatkan di kawasan khas dan diasingkan daripada ibu bapa mereka.

“Ini fakta sebenar, tapi saya percaya Al Jazeera tidak tahu fakta sebenar tapi atas niat tidak baik terhadap Malaysia, maka perkara tidak betul dilaporkan termasuk menuvduh kita ras1s,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menggesa agar agensi media itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kesiIapan yang dilakukan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*