Dipersalahkan Kerana Selalu Mengandung Anak Perempuan, Siapa Penentu Jantina Anak? Dr Amalina Beri Jawapan Padu!

“KALAU nak rasa rahim tu kembang… minumlah air sejuk tu banyak-banyak.”

Demikian s1ndiran seorang netizen mengenai tabiat minum air sejuk terutama bagi wanita semasa dalam p4ntang.

Namun komen tersebut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri yang berkongsi dua paparan skrin mengenai perkara tersebut di Twitternya.

Dr Amalina memb1das kenyataan tersebut menerusi satu perkongsian di Twitter yang mendapat lebih 10,000 ulang kicau dan 8,800 tanda suka.

Menurut doktor yang berpangkalan di United Kingdom itu, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.

“Saya nak tanya, siapa yang ajar ur4t jadi kembang, rahim jadi kembang lepas minum air sejuk ni.

 

Gambarajah yang dimuatnaik Dr Amalina untuk menjelaskan mengenai mitos minum air sejuk.

“Rah1m tu macam sponge ke boleh serap air senang-senang? Berleluasa sangat dah ajaran ni… parah. Oh my biology,” tulisnya.

Jelasnya, makanan dan minuman akan masuk ke sistem pencernaan, bukannya ke rah1m.

“Apa yang anda makan dan minum akan diproses di dalam sistem pencernaan sebelum diserap atau dibu4ng keluar sebagai air kencing atau naj1s,” katanya.

Malah beliau berkata suhu sejuk akan menyebabkan salur darah menyemp1t bukannya mengembang.

“Suhu sejuk pula menyebabkan salur darah constr1ct (menyempit) bukan kembang,” katanya.

Perkongsian Dr Amalina turut mendapat respons dalam kalangan netizen yang meminta beliau mengulas mengenai tabiat minum ais selepas berp4ntang.

Dalam responsnya, Dr Amalina berkata ia terpulang kepada keselesaan individu itu sendiri.

 

Tiada istilah rahim kembang selepas minum air sejuk semasa berpantang.

Sementara itu, rata-rata netizen berterima kasih kepada Dr Amalina atas penjelasan tersebut.

“Tq Dr Amalina untuk kenyataan ini. Teruskan educate them tentang isu ini. Banyak sangat salah faham yang diwarisi,” kata Melati.

“Sebenarnya benda ni just ikut-ikutan orang terdahulu. Tak ada fakta yang membenarkan pun tentang hal-hal kembang kuncup ni. Semuanya macam satu kepercayaan mitos,” kata Faridah.

Sampai macam tu sekali. Sepatutnya bersyukurlah sama ada dapat bayi lelaki atau perempuan. Itu semua anugerah. Ada pasangan yang masih mencuba bertahun-tahun dan tak dapat lagi zuriat.

DR AMALINA CHE BAKRI

Pakar bedah

Sementara itu, Dr Amalina turut terpanggil untuk mengulas mengenai jantina anak dalam kandungan selepas seorang wanita mend4kwa sering dipersaIahkan ibu mertua dan suami apabila sering mengandungkan anak perempuan.

Beliau berkata jantina bayi ditentukan oleh suami, bukannya wanita.

“Ada seorang wanita bertanya saya. Beliau sering dipersaIahkan oleh ibu mertua dan suami apabila asyik mengandung anak perempuan sehingga jadi tertek4n.

Jant1na anak ditentukan oleh suami.

“Saya pun menjelaskan kepada beliau yang menentukan jantina bayi itu suami, bukan beliau. Jadi beliau rasa lega sebab rasa bersaIah tak dapat tunaikan permintaan suami dan mertua,” katanya.

Dr Amalina turut meluahkan rasa terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap agak keterIaluan.

“Sampai macam tu sekali. Sepatutnya bersyukurlah sama ada dapat bayi lelaki atau perempuan.

“Itu semua anugerah. Ada pasangan yang masih mencuba bertahun-tahun dan tak dapat lagi zur1at,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*