Selepas menyepi hampir dua tahun tanpa sebarang produk lakonan, pelakon Fathia Latiff kini kembali ke set penggambaran baru-baru ini.
Dilihat ceria bersama barisan pelakon yang membintangi drama Dayang Senandung terbitan Zeel Production, Fathia juga menerima pujian dan doa dari peminatnya.
Malah, ada yang merindui kehebatan lakonan Fathia seperti yang pernah dipertontonkan dalam naskhah hebat seperti Ariana Rose.
“Wake up and back to industry,” tulis @a.g_zeynap.
“Gembira you berlakon balik, dari dulu minat you berlakon,” tulis @sitiidris_.
“All the best sis, we love your acting and please get back on track and of course you are beautiful just the way you are,” dorong @_amaninakassim.
“Good luck pretty girl! Get back on that track! Your acting is so good! Love it! Especially in Wedding Breaker, Ariana Rose. Looking forward for more wonders ahead! Best of luck sis,” tambah @eliabarai94.
“Semangat dia dah mai..kita support le sikit,” tulis @_mnbmr_.
Fathia baru-baru ini kerap mengemaskini status terkini pembabitannya dalam drama berkenaan.
“Saya sangat gembira dapat bekerjasama dalam produksi ini yang terdiri daripada pelakon dan kru yang profesional serta mengalu-alukan saya.
“Terima kasih atas tawaran ini dan saya pasti drama ini akan boom!” katanya.
Malah, terbaharu Fathia memberikan galakan buat dirinya sendiri untuk menjadi pelakon wanita yang disegani.
“Me, getting an award for Best Actress has been one of my biggest achievements in Malaysian filming industry,” tulisnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Gempak
Leave a Reply