Che Ta Terjatuh Di Set Penggambaran Kain Dipijak Pelakon Tambahan

Pelakon Rozita Che Wan cedera di lutut kiri selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Dayang Senandung di sebuah hotel di Puchong, pada Selasa lalu.

Rozita atau Che Ta berkata dia diberikan cuti rehat oleh doktor kerana lututnya yang membengkak dan menyukarkan pergerakan.

“Saya kalau boleh tak mahu menyusahkan produksi. Kasihan kepada mereka jika terpaksa tunggu seminggu untuk meneruskan babak saya.

“Saya okay je, esok (hari ini) dah boleh teruskan penggambaran semula. Mungkin babak saya nanti tak memerlukan banyak pergerakan atau duduk sahaja kot,” katanya kepada Gempak.

Mengimbas kembali kejadian tiga hari lalu, Che Ta berkata seorang pelakon tambahan tidak sengaja terpijak kainnya ketika melakonkan babak diserbu peminat.

“Inilah yang dikatakan maIang tidak berbau. Sekali betul-betul kena serbu, sampai terjatuh! Tidak mengapalah benda nak jadi, tapi inilah pengalaman pertama saya terjatuh di set penggambaran.

“Makan ubat tahan sak1t sahajalah dan saya harap tidak ada apa-apa yang serius dan cepat sembuh sebab selepas ini saya ada lagi drama nak shoot,” katanya yang terlibat dengan penggambaran drama Juliet dan Kebaya Kasut Kanvas.

Tambah Che Ta lagi dia bersyukur kerana doktor turut memberitahu tiada keretakan tulang yang berlaku.

“Doktor kata, tulang saya kuat lagi,” katanya postif.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*