Meskipun negara kita sedang memasukI fas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun pandem1k ini mampu menjadi kerisauan berterusan di peringkat global. Itulah perkara yang diingatkan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom dalam taklimatnya pada Isnin.
Am4ran itu juga telah mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyeru rakyat Malaysia untuk tidak alpa untuk terus menghapuskan pandem1k ini.
“WHO memberi am4ran pandem1k C0VID-19 belum berakhir malah boleh menjadi semakin teruvk dan meIarat.
“Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom berkata, lebih ramai akan dijangk1ti v1rus tersebut jika negara itu tiada polisi yang betul untuk uji, kesan, asing dan kuarantin,” kongsi pihak KKM di akaun Instagram rasmi mereka.
Tambah Dr Tedros, pandem1k yang telah mer4gut lebih setengah juta nyawa di seluruh dunia itu juga tidak kelihatan ia hampir berakhir.
“Kita mahu pandem1k ini berakhir, kita mahu kembali kepada kehidupan asal, realiti yang sukar diterima ialah wabak ini tidak menunjukkan ia hampir untuk berakhir,” katanya lagi.
Dalam pada itu, KKM juga mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak berasa selesa dengan jumlah penurunan kes di Malaysia.
“KKM menyeru orang ramai supaya tidak alpa dengan tren penurunan kes COVID-19 di Malaysia.
“Sebaliknya, orang ramai perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa,” tambah mereka.
Leave a Reply