Zizan ceriakan Puteri Nur Zulaika

HASRAT pesak1t paru-paru kron1k, Puteri Nur Zulaika Abdullah, 10, yang hidupnya bergantung dengan b4ntuan pern4fasan untuk berjumpa dengan artis pujaannya, pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak tercapai ketika artis itu melawatnya di Hospital Port Dickson tadi.

Ibu kanak-kanak itu, Halimaton Seman, 48 berkata, anaknya yang kerap menerima rawatan di hospital sangat berminat dengan pelawak berkenaan dan selalu berharap dapat bertemu artis pujaannya itu.

“Hari ini adalah hari yang sangat menggembirakan Puteri (Nur Zulaika) kerana hasratnya tercapai selepas dimaklumkan semalam oleh doktor yang Zizan nak melawatnya.

“Malam tadi Puteri tak lena tidur dan kerap terjaga seperti tidak sabar menunggu siang.

“Saya nampak mukanya berseri sebaik nampak Zizan yang tiba jam 3 petang mengambil masa lebih satu jam melawatnya,” katanya ketika ditemui, malam ini.

ZIZAN Razak bergambar kenangan dengan keluarga Puteri Nur Zulaika. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Menceritakan keadaan anaknya, Halimaton berkata, Puteri masih sekolah di Sekolah Kebangsaan Lukut (SKL) tetapi sejak tahun lalu, doktor di Hospital Serdang sarankan anaknya tidak pergi sekolah disebabkan keadaan p4ru-parunya bertambah kr0nik.

“Sejak itu dia lebih banyak berada di hospital dari di rumah dan kami sekeluarga sedaya upaya cuba memberinya harapan yang dia akan segera sembuh.

“Peluang Puteri nak jumpa Zizan nampak cerah selepas menerima lawatan pengacara popular, Pak Nil (Aznil Nawawi) yang menghubungi Zizan memberitahu hasrat Puteri yang ingin berjumpanya,” katanya.

Halimaton berkata, Zizan turut memberikan hadiah berupa topi dan wang tunai kepada Puteri dan mengucapkan terima kasih kerana bersusah payah menyempurnakan hasrat anak bongsunya itu.

Sementara itu, Zizan atau nama penuhnya, Mohammad Razizan Abdul Razak berkata, hasrat Puteri ingin berjumpanya diketahui sejak tahun lalu selepas dihubungi Pak Nil yang terlebih dahulu melawatnya di hospital.

“Waktu itu saya tidak berapa pasti lagi hasrat adik ini dan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, baru saya dapat tahu hal yang sebenarnya tetapi hajat itu tert4ngguh ak1bat pandem1k C0vid-19.

“Hari ini baru saya dapat menunaikan hajat ‘peminat istimewa’ saya yang membuatkan saya sebak dan menangis sebaik bertemunya,” katanya yang datang dari Kuala Lumpur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*