Dia Teruja Lain Macam…

“ABANG sangat teruja untuk keluar mencandat sotong kali ini selepas sekian lama tidak dibenarkan keluar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya tidak sangka keterujaannya bertukar traged1,” kata Wan Mohd Tajuddin Wan Hussin, 43, iaitu adik kepada Wan Aminuddin, 63, yang m4ut dalam traged1 bot terbalik di perairan Bachok, malam tadi.

Katanya, abang sulungnya itu keluar rumah selepas Solat Zuhur dan sempat dua kali berpatah balik kerana tertinggal telefon dan rokok.

“Saya dan abang tinggal bersama-sama selepas abang kemat1an isteri 23 tahun lalu. Kami sempat berborak dan sebelum kejadian, saya melihat Muhammad Zaki Mohd Nordin, 32, antara m4ngsa yang terk0rban dalam kejadian itu datang ke rumah mengambil abang saya.

“Untuk aktiviti mencandat sotong kali ini, abang saya yang menguruskannya memandangkan dia berpengalaman dan mengenali pemilik bot.

“Kali ini keterujaan dia lain macam memandangkan sudah beberapa bulan tidak dibenarkan ke laut, malah aktiviti kali ini disertai rakan-rakan sekampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Unit Forens1k Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Dalam kejadian 8.30 malam tadi, sebuah bot yang dinaiki 20 pemancing termasuk tek0ng terbalik dibadai r1but ak1bat ombak besar di kawasan perairan Kuala Kemasin, Bachok.

Kejadian itu mer4gut empat nyawa, manakala 12 lagi selamat. Empat lagi pula masih belum ditemui.

Mengulas lanjut katanya, dia mengetahui kejadian itu pada 2 pagi sebelum bergegas ke HRPZ II memandangkan m4yat abangnya antara yang terawal ditemui.

“Walaupun sedih dengan pemerg1an mengejut ini, kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku. Abang saya meninggalkan tiga anak,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*