Malaysia Tersenarai Bersama 47 Negara “Winning Country” Lawan C0VID-19

Sedar tak sedar, hari ini merupakan hari ke 100 perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia sejak 18 Mac yang lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi berita gembira dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bekerjasama mengamalkan kebiasaan baru untuk mencegah pandemik C0vid-19.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menjadikan kita mencapai angka 1 digit kes Covid19 kerana mengamalkan kebiasaan baru (new norms). – KKM

Terima kasih juga kepada semua frontliners, terutama petugas kesihatan di hospital dan juga klinik kesihatan awam yang pantas bertindak dalam menanggani pesak1t C0vid-19” ujar YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba dalam siaran Selamat Pagi Malaysia di TV1 pagi tadi, pada hari ke-100 tempoh PKP.

Genap 100 hari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP sejak ianya mula dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 yang lepas.

Kini pada 25 Jun 2020, selepas 100 hari, kedudukan Malaysia sekarang telah jatuh di tempat ke-70 dunia, berbanding pada tangga ke-18 dunia kes C0vid-19 paling tinggi ketika mula-mula Dr Adham Baba mengangkat sumpah sebagai Menteri pada 10 Mac lalu. Turun 52 anak tangga.

Dalam satu kiriman daripada Public Health Malaysia telah berkongsi tentang kedudukan Malaysia kini menjadi salah sebuah negara ‘winning’ menceg4h C0vid-19 bersama-sama negara Australia, New Zealand, Ireland dan Thailand serta 47 negara lagi.

Kegiatan ekonomi telah dimulakan, aktiviti sosial masyarakat telah dibenarkan, anak anak telah kembali ke sekolah dan rumah ibadat juga telah dibuka.

Sementara itu, negara Indonesia, Filipina, Singapura, India, saudi, US, UK (69 negara) masih lagi bergeIut untuk menurunkan bilangan kes harian.

Hargai kejayaan ini. Jaga jarak sosial. Jangan sia siakan usaha frontliners. Terima kasih juga pada pertahanan negara yang mengawal sempadan dari diboIosi pendatang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*