Justin Bieber S4man 2 Wanita

JUSTIN Bieber memfailkan s4man berjumlah RM43 juta setiap seorang terhadap dua wanita yang menuduhnya melakukan gangguan seksuaI terhadap mereka.

Menerusi dokumen mahkamah kes berkenaan, Bieber, 26, menyatakan dakwaan dibuat wanita dikenali Danielle dan Kadi di Twitter secara faktanya adalah salah sama sekali.

Dia turut mempertikaikan kewujudan bukti dokumentari dan saksi yang dikemukakan.

“Bieber tidak akan berdiam diri manakala defendan membuat percubaan untuk menarik perhatian serta meraih populariti dengan menyebarkan pen1puan bahawa dia terbabit dalam jen4yah mencabuI defendan.

“Justeru, Bieber ingin mengambil tindakan terhadap fitnah terbabit sebagai langkah untuk membersihkan namanya dan menegakkan kebenaran,” kata kenyataan itu.

Ahad lalu, dua wanita tampil membuat tuduhan pernah diganggu secara seksuaI oleh Bieber.

Wanita pertama mendakwa Justin mencabuInya pada 2014, manakala wanita kedua mengatakan dia dicabuI pada 2015.

Bagaimanapun, Bieber menafikan dakwaan itu dan mengambil serius isu tuduhan itu. Dia turut memaklumkan sedia mengambil tindakan undang-undang.

Menurut Bieber di Twitter, dia selalunya enggan ambil kisah berkenaan tuduhan luar sebegitu namun memutuvskan untuk bersuara serta menegakkan kebenaran terhadapnya.

Bieber kemudiannya memuat naik beberapa ciapan dengan menyertakan bukti di mana keberadaannya sewaktu insiden 2014 itu dikatakan berlaku.

Dia ternyata memiliki aIibi kukuh untuk membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*