Tikus Berkeliaran Dengan Hurungan Najis, DBKL Gempur & Tutup Sebuah Kilang Memproses Mi Di Segambut

Sebuah kilang memproses mi di Segambut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diarah tutup selepas digempuvr penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Operasi pemeriksaan sanitasi oleh Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL itu mendapati premis berkenaan beroperasi dalam kotor dan menjijikkan.

“Terdapat tikus berkeIiaran di sekitar tempat pemprosesan makanan beserta huruvngan n4jisnya.

“Lantai dan dinding tempat penyediaan makanan juga kotor serta berdaki hitam, selain tandas kotor dan berbau,” jelas dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, tiga pengendali makanan yang bekerja di situ adalah daripada kalangan warga as1ng.

“Mereka tidak mempunyai sunt1kan tifoid serta tidak memakai penutup kepala dan apron semasa mengendalikan makanan.

“Peralatan, kelengkapan serta mesin pemprosesan makanan juga didapati berada dalam keadaan kotor dan us4ng,” tambah kenyataan itu lagi.

Difahamkan, premis tersebut tidak meIantik syarikat kawalan serangga per0sak secara berjadual, selain lokasi dan keadaan strukturnya tidak sesuai dijadikan kilang pemprosesan makanan.

Sehubungan itu, Tindakan Penutupan Premis di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 24 Jun, hari ini dilaksanakan.

Orang ramai boleh membuat aduan berhubung isu kebersihan kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL melalui talian 1-800-88-3255 atau terus ke Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Sumber Gambar : DBKL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*