“Tak Kaya Tak Apa, Janji Bersih & Kemas”- Tinggal Rumah Atas Air, Netizen Puji Cara Wanita Ini Bersyukur

Apa jua tahap kemampuan kita, menjaga kebersihan adalah penting untuk diterapkan dalam kehidupan.

Itulah yang diamalkan keluarga yang hanya tinggal di rumah atas air serta berdindingkan kayu dan berbumbungkan zink.

Wanita yang dikenali sebagai Mariyah Ghazali menerusi akaun Facebook miliknya memuat naik foto dekorasi rumahnya yang kelihatan sangat bersih dan kemas.

Mariyah berkongsi foto-foto tersebut di akaun page Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY

“Dah siap, walaupun kami tak mewah tapi rasa bahagia yang mana ada. Semua barang Eco, buat sendiri..Hidup ini jangan banding dengan orang lain.

“Cara bahagia masing-masing, yang penting kita selesa dan tenang,” tulisnya.

Entri tersebut tular dan mendapat perhatian netizen yang menurunkan 2800 komen dan 3300 perkongsian.

Rata-rata memuji cara Mariyah mengemas rumahnya yang kelihatan sangat bersih dan kemas.

Malah, ramai yang memuji sikap Mariyah sentiasa bersyukur dan bahagia walaupun tidak hidup mewah.

“Alhamdulillah walaupun kecil kemas sahaja.

“Bersih dan kemas…walau tidak mewah…tapi sangat selesa suasananya…

“Tak kaya tak apa, janji kemas dan bersih,” antara komen netizen yang diturunkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*