Jumlah Kenderaan Di Lebuh Raya Meningkat Hampir 100 Peratus-Datuk Ismail Sabri

JUMLAH kenderaan di lebuh raya meningkat secara mendadak pada hari pertama kebenaran rentas negeri, semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah kenderaan di Lebuhraya Plus meningkat hampir 100 peratus, iaitu dari 1.2 juta hari sebelumnya kepada 2.04 juta, semalam.

“Jumlah kenderaan di Lebuhraya Karak juga meningkat dari 3,789 pada hari sebelumnya kepada 85,985 kenderaan semalam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau aliran trafik di lebuh raya seluruh negara.

“Selain, kawasan Rehat dan Rawat (RnR) juga akan dipantau untuk memastikan standard prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan dipatuhi setiap pengguna kenderaan yang pulang ke kampung,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri turut menasihatkan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan dan tidak berses4k di tandas awam, surau dan gerai makan.

Beliau turut meluahkan perasaan sedih di atas peningkatan kes kem4langan m4ut selepas kebenaran rentas negeri diberikan.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung supaya memandu secara berhemah, ingat kepada orang tersayang.

“Amalkan kawalan kendiri untuk terus kekal selamat,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*