Takkan Kita Nak Biarkan Anak Kecil Dan Orang Tua M4ti di Dalam Laut – Ismail Sabri

” Saya akan minta Kementerian Luar berbincang dengan kerajaan Bangladesh.

” Kita akan hantar semula pelarian Rohingya ini ke Cox’s Bazar atau pulau Bashan Char di selatan negara itu,” ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengulas mengenai kes 269 pelarian Rohingya yang mencer0boh perairan Langkawi kelmarin hingga mencetuvskan kegusaran orang ramai berhubung tahap keselamatan dan kawalan negara.

Selain itu, katanya, Kementerian Luar juga diminta mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) untuk menghantar pelarian terbabit ke negara ketiga.

” Banyak negara yang mempersoalkan bagaimana Malaysia menguruskan Rohingya ini . Ada negara kata kita tidak berper1kemanusiaan.

” Jadi, kita minta mereka menerima pelarian Rohingya daripada Malaysia kerana mereka juga adalah ahli Konvensyen Mengenai Pelarian 1951.

” Kita tegas kali ni tidak boleh terima lagi dan akan bincang untuk hantar balik Rohingya atau kalau negara ketiga dapat terima pelarian Rohingya ini. Kita harap dapat selesaikan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ditanya mengenai tindakan penguatkuasa yang membenarkan 269 pelarian Rohingya terbabit masuk ke Langkawi, Ismail Sabri berkata, ia dilakukan adalah atas dasar kemanusian sebelum urusan penghantaran pulang dilakukan.

Beliau berkata, ketika pelarian terbabit memasuki perairan negara ada antaranya bertindak terjuvn ke laut, selain bot dib0corkan dan enjin dir0sakkan sebagai modus operandi mereka untuk memasuki negara ini.

Takkan kita nak biarkan anak kecil dan orang tua m4ti di dalam laut..

” Kita tidak mempunyai banyak pilihan sama ada kita nak membiarkan mereka m4ti di laut atau selamatkan atas dasar kemanusiaan.

” Saya percaya ramai menganggap mengapa kita terlalu baik tetapi atas dasar kemanusiaan tak kan kita nak biarkan anak kecil dan orang tua m4ti di dalam laut di depan mata tanpa kita selamatkan mereka,” katanya.

Terdahulu National Task Force (NTF) dalam satu kenyataan berkata, kerosakan yang dialami bot dinaiki 269 Pati etnik Rohingya yang mencer0boh perairan Langkawi menyebabkan tindakan pengus1ran tidak dapat dilakukan.

Kenyataan itu menjelaskan lagi, ketika KM Kimanis menghampiri bot itu, 53 Pati terjun ke laut kemudian berenang menuju ke pantai dan kesemua mereka berjaya dit4han APMM yang bersedia di daratan.

” Ketika pemeriksaan ke atas bot dijalankan didapati seramai 216 orang dan satu m4yat wanita dijumpai di dalam bot itu.

” Pemeriksaan juga mendapati kesan bot sengaja dib0corkan dan enjin bot juga mengalami ker0sakan yang tervuk dan tidak dapat dibaiki,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Malaysia United

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*