Wakil Rakyat Kec4m Sepanduk Us1r Rohingya Masuk Kampung

PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat mengec4m pihak yang menaikkan sepanduk mengus1r Rohingya daripada memasuki satu kampung di Masai, Johor.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dalam kenyataan mengenai sepanduk di surau Kampung Plentong Baru berkata amat dikesali sekiranya ia dipasang oleh jawatankuasa surau itu.

Beliau meminta mufti Johor menegur dan mendidik semua ahli jawatankuasa surau itu.

“Tanggungjawab seorang Muslim kepada seseorang manusia lain ialah memberi perlindungan ke atas manusia lain yang mengalami pen1ndasan seperti rakyat Rohingya yang dit1ndas oleh kerajaan Myanmar,” katanya kepada FMT.

Sebelum itu, tul4r di media sosial sepanduk mengus1r Rohingya itu, yang tertera “Kami tak perlukan anda di sini”.

Hassan memberitahu FMT, ketua kampung itu berkata jawatankuasa surau tidak memasang sepanduk itu.

“Saya telah nasihatkan kepada ketua kampung tersebut supaya minta jawatankuasa surau turunkan sepanduk berkenaan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : FMT News

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*