Ebby Yus kesal Dipergunakan Ejen Insurans, Rupanya Ini Yang Terjadi

PELAKON sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK), Ebby Yus, 56, terkilan dengan sikap segelintir ejen insurans yang mengambil peluang sewenang-wenangnya memuat naik foto disertakan petikan kenyataan pernah dibuatnya pada 2 Mei lalu.

Pemilik nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid ini berkata, pada tarikh berkenaan dia ada membuat temu bual secara langsung di media sosial dengan satu syarikat insurans terkenal.

“Pembabitan saya dalam temu bual diatur syarikat insurans itu dibayar, bagi menyuntik kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya ada insurans dan kad perubatan pada masa kini.

“Namun, tak sangka pula kenyataan saya dalam temubual itu diguna pakai oleh ramai ejen insurans lain dengan sewenang-wenangnya di media sosial mereka untuk menarik pelanggan.

“Apa yang dilakukan mereka (ejen insurans) itu tidak adil untuk saya kerana sehingga kini segala bayaran perubatan saya masih dibayar menggunakan kewangan sendiri,” katanya.

Menurut Ebby, pihak ejen insurans terbabit sepatutnya bertindak lebih beradab dengan menghubungi atau bertemunya untuk berbincang urusan kerjasama dan dapatlah juga dia sumber pendapatan sampingan.

Dimasukkan Ke Hospital, Ebby Yus Makin Stabil | Artikel | Gempak

Ebby Yus kurang sihat dulu sehingga kini

“Kasihanlah pada saya yang kurang sihat ini. Walaupun masih bekerja tetapi secara kontrak dan pendapatan pun tidak tetap. Jadi, dengan bantuan anda (ejen insurans) yang sedia bekerjasama untuk bantu jual pakej insurans disediakan, dapatlah sedikit sebanyak membantu saya.

“Apapun, maafkan saya dan doakan saya. Dalam soal ini, saya pun bukan nak meminta-minta. Tapi, menjadi hak saya untuk sumber pendapatan sampingan.

“Saya harap, apa yang disuarakan ini dapat difahami serta diterima dengan baik oleh semua ejen insurans berkenaan. Janganlah mengambil kesempatan dengan mudah,” katanya.

Ebby berkata dia juga memaafkan dan menghalalkan tindakan ejen insurans yang sudah menggunakan foto dan kenyataannya itu.

Ujarnya pada ejen insurans lain yang belum berbuat demikian, dialu-alukan datang berjumpa untuk berbincang dengannya.

Video penuh

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HMT Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*