Issey Dedah Bakal Tamatkan Zaman Duda Tidak Lama Lagi.

Semalam, penyampai radio Issey Fazlisham atau nama sebenarnya Fazlisham bin Mat Hussin telah memuatnaik satu rakaman video di laman Instagramnya.

Menerusi video tersebut, Issey telah memaklumkan secara rasmi bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2019.

Jelasnya, dia akan menikahi seorang ibu tunggal anak tiga yang telah kem4tian suami sejak dua tahun yang lepas. Malah, wanita tersebut ialah rakan kenalannya yang telah lama dia kenali.

Tambahnya, majlis akad nikah akan diadakan di Kelantan. Dia juga akui telah lama merencana perkara itu cuma tidak mahu menguar-uarkan perkara itu terlalu awal.

“Mohon doa daripada semua agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Terima kasih 🙏🏻
#gengissey“, kongsinya.

 

 

View this post on Instagram

 

Mohon doa daripada semua agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Terima kasih 🙏🏻 #gengissey

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Melihat di ruangan komen, rakan artis serta peminat tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada bintang berusia 32 tahun itu.

Sekadar perkongsian, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa pada 19 Mac 2015 namun berp1sah pada 21 Ogos 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Instagram Issey Fazlisham

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*