Hadiahkan kereta sempena hari jadi ibu sikap Shuib dipuji ramai

Baru-baru ini, usahawan dan pelawak Shuib ada berkongsi satu rakaman video di Instagram.

Menerusi video tersebut, Shuib bersama Sarah dilihat telah membuat satu kejutan buat ibunya dengan menghadiahkan sebuah kereta berjenama Peugeot.

Bersama video tersebut, Shuib turut mendoakan agar ibunya diberi kesihatan yang baik serta ditempatkan di syurga yang paling tinggi.

“Happy birthday mama, 8/12, semoga dipanjangkan umur,diberi kesihatan

yg baik,makin harat,makin muda 😊,dan di TEMPATKAN DISYURGA PALING TINGGI…AKO SAYANG MAMA DUNIA AKHIRAT😘😘😘 #HJMOTORS @thehjmotors“, tulisnya.

 

Melihat di ruangan komen, tindakan Shuib telah mendapat pujian dari orang ramai dan setakat ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan.

Sumber: Instagram Shuib

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*