Baru sahaja beberapa jam meraikan kejayaan Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon yang dianugerahkan Kostum Kebangsaan Terbaik, namun kegembiraan itu lenyap apabila laman rasmi organisasi membatalkan anugerah itu.
Pembatalan itu berlaku kerana kesilapan teknikal dan pemenang sebenar ialah Gazini Ganados dari Filipina.
Meski sediih dengan berita itu, namun Shweta Sekhon tetap bersikap professional dan positif. Shweta turut memuatnaik posting di laman Instagram miliknya dan melayangkan pandangannya berkaitan perkara itu.
Jelasnya, dia baik-baik sahaja dengan keputusan itu kerana menurutnya setiap yang berjaya melayakkan diri dalam program tersebut ialah pemenang.
‘Tiada kata-kata yang dapat gambarkan perasaan saya, betapa bersyukurnya saya kepada Tuhan kerana diberi peluang ini. Dapat berkenalan dengan rakan yang hebat, pengalaman yang tidak ternilai dan banyak lagi.”
“Filipina atau Malaysia, ianya tiada beza kerana kami adalah SATU!”
Malah, dia juga menyatakan bahawa perkara ini bukanlah satu kesudahan, tetapi satu permulaan untuk hidupnya.
Menjengah di ruangan komen, para penyokong memberi kata semangat buat gadis yang berusia 22 tahun dan memuji sikapnya yang tidak mudah melatah dengan ins1den tersebut.
Sumber: Carian google, Instagram Shweta Sekhon
Leave a Reply