Sebelum ini, bintang jelita Anzalna Nasir pernah meluahkan hasrat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan membesarkan anak.
Terbaru, Anzalna ada meluahkan rasa bersyukur kerana berpeluang membantu sebuah keluarga yang layak menerima bantuan tersebut.
Anzalna turut berkongsi satu rakaman video dia melawat keluarga itu. ‘
“Setiap rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain yang perlu dikongsi. Seronok dan rasa puas bila dapat menolong atau memberi keselesaan pada bayi yang baru lahir atau anak-anak kecil. ”
“Mak dia cakap tiada persediaan langsung dibuat untuk si kecil ni. @the_angguns @mohamadeidrees pun ada bagi barang-barang diorang juga. ”
Tambahnya lagi,ianya bukan satu niat untuk menunjuk budinya, tapi sekadar berkongsi agar menjadi manfaat kepada semua.
“Bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi semoga bermanfaat untuk semua dan mungkin ramai lagi yang ingin menghulurkan bantuan. InsyaAllah akan teruskan usaha ini. ”
“Sebelum upload video ni dah minta kebenaran dari keluarga ni. Watch full video on my youtube channel. ❤️ Thanks mum, dad @hanif_zaki @diananasir86 @afifahnasir93 @mianasir91 @nazirahnasir97 @happikiddo_ @Amy_alongz for being part of this charity.”, tulisnya.
Budi baik Anzalna dan keluarga telah mendapat pujian ramai malah ada juga yang menawarkan lebih bantuan kepada keluarga tersebut.
Sumber: Instagram Anzalna Nasir
Leave a Reply