
Bersempena dengan Majlis Asian Academy Creative Awards yang berlangsung di Singapura beberapa hari yang lalu, Jihan Muse telah berjaya meraih trofi Persembahan Komedi Terbaik menerusi drama bersiri Keluarga Baha Don.
Berita gembira itu telah dikongsinya sendiri di laman Instagram miliknya. Jihan juga turut meluahkan rasa syukur sambil memberi kredit kepada beberapa pihak yang berjasa kepadanya.
“Alhamdulillah .. semua atas izin Allah. Tonigt is the FINALE. And i just won BEST COMEDY PERFORMANCE in @asianacademycreativeawards yg sedang berlangsung di Singapura skrg. Fuh first time menang untuk NEGARA. .
Tahniah juga #keluargabahadon pun menang BEST COMEDY PROGRAMME . Yay!
Congrats @anomalousfilms @susan_lankester @viumalaysia and semua team #keluargabahadon !
Thank you @kyerography wakilkan saya amik award kat sana. Sorry boss saya shooting kat sini. Alhamdulillah tq semua yg terlibat. Thank you suami tercinta @ungkuhariz kerana merestui isterinya yg suka kerja ni. 😘❤️🥰❤️”, tulisnya.
Tahniah diucapkan kepada Jihan atas kejayaan tersebut.
Sumber: Instagram Jihan Muse
Leave a Reply