Setiap hubungan pasti ada ceritanya sendiri. Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan telah mendedahkan perbualan pertamanya bersama isteri menerusi aplikasi Facebook.
Menurut perbualan mereka, Saharul berterus terang berhasrat ingin menjadikan Deena sebagai isteri. Namun ditolak oleh Deena kerana menurutnya sudah mempunyai teman lelaki pada waktu itu.
“25/9/2012
.
Time ni aku memang nak mengorat dia. Nekad. Tapi dia jual mahal! Hahahaha. Scroll2 terjumpa balik conversation FB. ❤️
.
Alhamdulillah, syukur Allah aturkan segala yang terbaik buat kami berdua. Betul lah kata abah @tokabah_hajihashim , .
“PERKAHWINAN INI SATU BAHTERA DAN KITA (SUAMI) ADALAH NAKHODA KAPAL KITA. LURUS JALAN YANG DI TUJUI IAITU JALAN ALLAH SWT, MAKA LURUSLAH PERJALANAN DUNIAWI KITA”. Amin. Terim kasih abah. .”, kongsinya.
Malah, Saharul juga berjanji akan menjadi suami dan bapa yang terbaik buat anak-anak walaupun satu hari nanti dia dilanda kesusah4n.
“Walau satu hari nanti saya diduga dengan kesushan, janji saya awak pada awak sayang, anak2 , awak dan anak2 kita tidak akan kebulur tiada makanan dan tiada tempat berteduh dari hujan dan panas. Amin. Semoga Allah memperkenan doa saya yang bukan utk diri hambaMu ini tapi utk insan yang hambaMu sayang ini termasuklah umi, abah, mertua, keluarga kami dan semua keluarga Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim dan seluruh umat islam ini. Amin Ya Karim. ❤️”, tulisnya lagi.
Sumber: Instagram Saharul Ridzwan
Leave a Reply