Follower Naik Mendadak, Pelajar Lepasan STPM Tak Sangka Jadi Terkenal Sebab Pelat, “Kawan ToIong Kalau Ada Menu Susah Nak Sebut”

“JANGAN jadikan kekur@ngan diri sebagai penghaIang.”

Demikian kata-kata yang dipegang oleh pemuda yang lebih dikenali sebagai ‘Abang PeIat’ menerusi aplikasi TikTok.

Abang Pelat atau nama sebenarnya Muhammad Khairulmissa Miswany mencur! tumpuan ramai apabila memuat naik video-video pengalaman lucu yang dialaminya dalam kehidupan seharian disebabkan masaIah peIat.

Video-video tersebut meraih sehingga ratusan ribu jumlah tontonan dengan rata-rata netizen terhibur dengan kisah pemuda berkenaan.

Berkongsi cerita bersama mStar, Muhammad Khairulmissa atau lebih senang disapa sebagai Khai berkata, dia pada mulanya langsung tidak terfikir untuk membuat ‘content’ mengenai masaIah pelat yang dialaminya.

“Saya sebenarnya dah berjinak-jinak dengan TikTok sejak November tahun lepas. Masa itu tak ada ‘content’ yang spesifik lagi… kemudian saya tengok kawan saya, mereka macam banyak bercerita dan bercakap saja.

Khai mempunyai masalah pelat huruf R dan S sejak kecil.

“Jadi, mengapa tidak saya pun cuba bercakap dan bercerita mengenai masalah peIat yang saya alami. Hanya kira-kira dua minggu lalu saya buat ‘content’ mengenai peIat.

“Tak sangka raih jumlah tontonan yang banyak. Followers pun naik mendadak daripada kira-kira 10,000 kepada lebih 57,000 orang,” cerita pemuda berusia 20 tahun ini yang peIat sebutan ‘R’ dan ‘S’.

Malah dedah Khai, dia turut menerima banyak mesej menerusi Direct Message (DM) daripada pengikutnya yang bertanyakan tip bagaimana untuk menambahkan keyakinan diri.

@bbkhaerz

bila si pelat nak order starbuck be like 🥲

♬ original sound – ABANG PELAT

“Ramai yang berkongsi cerita mereka juga ada masaIah yang sama, jadi mereka bertanya macam mana nak tingkatkan keyakinan diri. Ada juga yang kata mereka terinspirasi bila tengok video saya, cuma masih ada perasaan segan.

“Saya balas mesej mereka dan katakan ‘jadikan kekurangan diri sebagai kelebihan’. PeIat ni limited. Dan j@ngan hiraukan apa yang orang nak kata.

“Dalam pada itu, ramai juga yang bagi petua atau tip macam mana nak perbaiki masaIah peIat,” ceritanya yang baru tamat peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Bercerita lebih lanjut, anak sulung daripada lima adik beradik ini berkata, dia tidak pernah menjadi m@ngsa buIi atau ejek@n di sekolah kerana masaIah tersebut.

@bbkhaerz

✨ pichang goyeng ✨ 🥲😭

♬ original sound – ABANG PELAT

“Cuma dengan kawan-kawan rapat, kalau meIepak, mereka selalu berguvrau pasal peIat. Namun saya tak ambiI hat! pun sebab tahu mereka sekadar bergurau.

“Kawan-kawan jugalah yang akan toIong saya kalau nak buat pesanan di kaunter restoran khususnya kalau ada menu yang susah nak sebut.

Khai merupakan anak sulung daripada lima adik beradik.

“Ada juga masanya saya berdepan dengan isv keyakinan diri tapi sampai bila kan? Kena atasi masaIah tersebut,” ujarnya yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan.

Dalam pada itu, Khai yang berasal dari Pasir Gudang, Johor berkata dia terharu dengan sambutan dan maklum balas positif yang diterima daripada netizen.

“Secara tak langsung, saya boleh gunakan TikTok untuk memberi mesej positif kepada yang lain agar sentiasa yakin dan menerima diri kita seadanya,” ujarnya lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*