Hafreez Adam Tambah Pendapatan Jual Lukisan Masa PKP

MEMANFAATKAN kebolehannya dalam melukis, pelakon Hafreez Adam kini menghabiskan masa terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (3.0) dengan mengambil tempahan lukisan kanvas.

Menurut Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 31, sebanyak 30 jenis lukisannya sudah terjual sejak kembali aktif awal tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

“Sebenarnya saya memang minat melukis dari dahulu lagi, cumanya dulu saya sibuk shooting tiada masa nak melukis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

“Lebih kurang dalam enam tahun juga saya t!nggalkan bidang melukis ini… namun sejak PKP 2.0 awal tahun ini, saya dah start melukis balik.

Antara sebahagian hasil lukisan Hafreez.

“Bila saya buat IG Live sesi melukis, ada peminat berminat dan dari situ mereka cadangkan untuk saya jual lukisan… dari situlah bermulanya,” katanya kepada mStar.

Selain peminat, lukisan Hafreez turut diminati dan dibeli oleh rakan-rakan artis dan setakat ini harga lukisan paling tinggi pernah dijualnya ialah sebanyak RM600.

“Selain peminat, ada juga rakan-rakan artis yang beli dari saya antaranya, Eyra Hazali, Shikin Kamal, Ariz Forteen dan Azar Azmi… Azar pada mulanya dia nak beli, tapi kebetulan time tu birthday dia, saya bagi sahaja pada dia sebagai hadiah hari lahir dia.

So far, lukisan paling mahal saya pernah jual ialah RM600. Semuanya bergantung pada bajet pelanggan.

“Setakat ini, saya melukis kalimah, nama serta abstract art untuk dijadikan jualan. Selalunya saya akan siapkan tempahan pelanggan dari waktu pagi sampai ke maghrib memang saya tumpukan pada melukis sahaja,” ujarnya lagi.

Hafreez menjadikan lukisan sebagai satu cara untuk ekspresi dirinya.

Bercakap mengenai perkembangan seni, Hafreez berkata penggambaran untuk tiga buah drama serta sebuah filem yang dibintanginya terpaksa ditanggvhkan berikutan PKP 3.0.

Menurutnya lagi, dia terpaksa menyusun semula jadual kerjanya dan berkemungkinan besar terp@ksa menarik diri daripada salah satu tawaran tersebut sekiranya masa penggambaran akan bertembung di masa akan datang.

“Saya sedikit ralat daripada segi jadual kerja dan kemungkinan terp@ksa tarik diri dalam salah satu drama kalau mereka start dalam waktu yang sama nanti.

“Sekarang ini pun semua penggambaran ditanggvhkan dan mereka pun tak tahu lagi bila akan dibenarkan shoot semula,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*