Wanita Tegur Kanak-kanak ‘Terlebih Berani’ Main Basikal Tepi Kvbur Jam 2.30 Pagi

TERLAJAK berani!

Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang selamba bermain basikal berhampiran kawasan tanah perkuburan pada awal pagi!

Gelagat kanak-kanak tersebut dirakam dan dikongsikan di aplikasi TikTok oleh ibu saudaranya yang sehingga kini meraih lebih daripada 45,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Farhana Dewarjuti Nasution berkata insiden tersebut dirakam beberapa hari lalu ketika dia secara kebetulan melalui jalan di hadapan rumah kedua ibu bapanya di Kampung Sungai Hala, Machang, Kelantan untuk mengambil pesanan makanan.

“Rumah ibu bapa saya memang terletak di tepi tanah perkuburan. Buka je pintu memang jelas nampak kubur. Itu tanah perkubur4n lama dan sejak saya kecil lagi memang dah ada.

“Sekarang dah berumah tangga, saya tinggal di rumah sendiri namun tak jauh pun dari rumah mak ayah. Masa hari tu, saya nak ambil makanan yang dipesan dan memang kena lalu depan rumah mak ayah.

“Kedai di kampung kami memang buka hingga awal pagi. Lebih kurang pukul 2.30 pagi masa lalu dengan kereta, saya nampak seorang kanak-kanak leka main basikal depan rumah mak ayah. Rupa-rupanya anak buah saya.

“Saya terus tegur dia kenapa duduk luar waktu awal pagi. Dia kata nak main basikal. Terus saya suruh dia masuk dalam rumah,” cerita wanita berusia 29 tahun ini.

Menurut Nur Farhana, anak saudaranya, Qaisara yang berumur lima tahun sememangnya tinggal bersama ibu dan bapanya bersama dua adik beradiknya yang lain.

kubur siang 1

Tanah perkubur4n ini terletak bertentangan dengan rumah ibu bapa Nur Farhana.

“Ibu Qaisara sedang bekerja di Kuala Lumpur, jadi mak dan ayah serta adik-adik saya yang jaga. Tak pasti macam mana dia boleh keluar, sama ada pandai buka kunci sendiri atau pintu tak berkunci.

“Qaisara memang tak takut, mungkin sebab keliling rumah mak ayah saya ni semua rumah saudara mara kami juga… biras-biras. Kadang-kadang kami bersembang sampai lewat pagi sebab tinggal dekat.

“Tapi masa video dirakam, memang tiada orang yang teman atau bersamanya. Mungkin Qaisara sendiri tak tahu ketika itu dah pukul 2.30 pagi,” kata ibu kepada tiga orang anak ini.

Saya terus tegur dia kenapa duduk luar waktu awal pagi. Dia kata nak main basikal. Terus saya suruh dia masuk dalam rumah.

NUR FARHANA DEWARJUTI NASUTION

Pastinya ramai menganggap keluarganya sering berdepan gangguan tinggal berdekatan dengan kubur, namun menurut Nur Farhana, mereka sekeluarga tidak pernah diuji dengan situasi berkenaan.

“Cuma seorang anak saudara lelaki saya yang berusia tiga tahun, dia seolah-olah boleh nampak ‘sesuatu’. Dia akan cakap nampak h4ntu macam p0cong dan berwajah hodoh.

“Dan dia berani duduk atau bermain seorang diri di luar rumah. Kalau kami sedang bersembang dan dia cakap macam tu, autom4tik meremang juga bulu roma dan kami akan masuk dalam rumah,” katanya yang menjalankan bisnes secara dalam talian (online).

komen 1

Antara komen netizen pada perkongsian video Nur Farhana.

Menurut Nur Farhana, perkongsian tersebut dibuat secara suka-suka namun dalam masa yang sama mahu mengingatkan ibu bapa atau penjaga untuk lebih peka dengan anak masing-masing.

“Mujurlah jalan depan rumah mak ayah saya bukan jalan utama. Kadang-kadang mungkin terlepas pandang. Walaupun anak-anak dah biasa dengan kawasan rumah tapi seeloknya kena peka,” ujarnya lagi

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*