Seorang lagi pembaca berita Astro AWANI mengundang perhatian penonton ketika menyampaikan laporan berhubung syarat ketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sektor ekonomi dan sosial, petang semalam.
Pengguna laman Twitter @omarfaayiz berkongsi sebuah ciapan mengenai cara penyampaian pembaca berita berkenaan yang disifatkan terhibur apabila menyebut pelbagai ‘jenis’ PKP tanpa tersasul.
Weh tergelak aku pembaca berita awani cakap
Pkp pkpb pkpp pkp pkpp
weh dia nganjing siot 😂😂
— Omar Faayiz 🇵🇸📗🖋 (@omarfaayiz) May 22, 2021
Menerusi pencarian video di saluran YouTube, pengguna tersebut dipercayai merujuk kepada penyampaian Hakim Rahman yang sedang menemu bual pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Prof Madya Dr Malina Osman.
“Prof, kita berada di persimpangan apabila berulang kali siri PKP dilaksanakan dan pelbagai bentuk PKP – PKP PKPD PKPB sudah berulang kali, sudah lebih setahun kita berhadapan keadaan seperti ini…,” soalnya.
Berikutan itu, terdapat individu mengakui orang ramai sudah penat apatah lagi pihak media yang sentiasa bertanggungjawab melaporkan perkara tersebut berulang kali tanpa jemu dan bosan.
Malah, ada juga warganet menganggap perkara itu boleh dibuat rap selain menyertakan video remix hasil dialog Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang pernah tular sebelum ini.
— Lord Nasar 🇲🇾🕊️☮️ (@mnasar99) May 22, 2021
Terdahulu, pembaca berita AWANI Luqman Hariz disiasat berhubung penyampaian berita AWANI 745 yang agak ‘pedas’ mengenai tindakan kompaun RM50,000 terhadap dua peniaga kecil di Kelantan.
Sumber: YouTube , Twitter @omarfaayiz
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Oh My Media
Leave a Reply