Ibu Tidak Mengaku Anak, Naim Daniel Jelaskan Tentang Foto Yang Tular

Memiliki wajah yang iras dengan orang lain kadangkala boleh menimbulkan kekeliruan buat semua.

Sedang hang4t tentang isu Palestin yang diserang oleh tentera Israe1, berlegar pula satu foto penyanyi, komposer dan pelakon Naim Daniel di laman sosial dalam pakaian tentera yang dikaitkan dengan Zi0nis.

Betul ke Naim?

Foto yang ditunjukkan Naim melalui Instagram beliau itu kelihatan mirip dengan dirinya.

Tambahan lagi keadaan bahagian bawah badan yang ‘mengaibkan’ juga mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, Naim menafikan beliau individu dalam gambar berkenaan.

“Selamat Hari Raya, bagi yang ada kemusykilan di Twitter semalam, INI BUKAN SAYA. Saya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti ekstremis rejim zi0nis.

Stay safe everyone.”

Sementara itu, ramai kenalan selebriti beliau memberi reaksi terhadap foto tersebut.

Malah, ibu Naim yang bernama Nora Taherah juga tidak mengaku pernah melahirkan ‘anak’ dalam foto tersebut.

Walaupun perkara ini kelihatan agak lucu namun tindakan Naim memberi penjelasan adalah tindakan tepat bagi mengelakkan kekeliruan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Diari Maklumat

Sumber : https://www.hotfm.com

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*